Tuesday, June 29, 2010

Kembali Pulang

SAYA Meminta Maaf

Saya meminta maaf kerana x dapat update blog ini atas masalah dalaman yang saya hadapi.
terima kasih

Saturday, October 17, 2009

Rahsia Kejayaan: Pengurusan Masa Cemerlang

Rahsia Kejayaan: Pengurusan Masa Cemerlang
Oleh Taidin Suhaimin

Kepentingan Matlamat Besar, Kepentingan Keberanian, Putus Asa, Nasib dan Kejayaan, Kata Kata Semangat Motivasi, Usaha Gigih
"Maaf, saya sudah lambat................................................................."
"Jika saya masih ada masa sedikit lagi................................................."
"Saya betul-betul minta maaf, saya terlalu banyak kerja........................."

 
Berapa banyak kali kah anda mendengar alasan-alasan di atas? 
Berapa banyak kali kah anda mendengar pekerja-pekerja di pejabat, di rumah, di restoran atau di mana-mana sahaja bercakap mengenai masalah kekurangan masa?
Masa merupakan sumber yang unik. Dari sehari ke sehari, setiap orang mempunyai jumlah masa yang sama iaitu 24 jam; tidak lebih dan tidak kurang. Masa tidak dapat dikumpulkan. Masa tidak dapat ditukar ganti. Kita tidak dapat membuka atau menutupnya. Masa sebenarnya akan kekal atau sentiasa ada. Yang tidak kekal ialah masa hidup kita di dunia. 
Apakah yang membezakan antara orang-orang yang berjaya dengan yang kurang berjaya? E.M. Gray dalam eseinya "The Common Denomination of Success" menyatakan bahawa kejayaan yang dicapai oleh orang-orang yang berjaya bukannya kerana kerja kuat, nasib baik atau bijak dalam selok-belok perhubungan manusia walaupun semua itu adalah penting. Katanya:
"Orang yang berjaya mempunyai amalan membuat perkara yang mana orang gagal tidak suka melakukan." 
Satu faktor yang jelas menjadi inti kejayaan mereka ialah orang-orang yang berjaya sentiasa mengukir amalan keberkesanan dalam hidup mereka. Mereka sentiasa menggunakan fikiran dan tenaga mereka untuk perkara-perkara yang berfaedah, mendahulukan apa yang paling penting dahulu serta yang memberikan pulangan maksimum.

PRINSIP 20/80
Prinsip 20/80 sangat bertepatan dengan "seruan" di atas. Prinsip ini telah diperkenalkan oleh Vilfredo Pareto, seorang ahli ekonomi Itali. Mengambil sempena namanya, prinsip ini juga dikenali sebagai Prinsip Pareto.
Secara ringkasnya, menurut prinsip ini, untuk mencapai keberkesanan pada kadar (optimum) sekitar 80% setiap hari, minggu, bulan, tahun atau dalam seumur hidup kita, kita hendaklah menumpukan perhatian / tindakan kita terhadap perkara-perkara atau tugasan yang paling penting dahulu. Misalnya, jika kita  mempunyai 10 senarai tugasan / kerja pada hari ini dan dapat menumpu atau menyelesaikan 2 tugasan yang paling penting atau paling tinggi pulangannya, pencapaian atau keberkesanan kita pada hari ini ialah 80%.
Jika rahsia pengurusan masa ini dijadikan sebagai prinsip dan amalan hidup anda, anda akan akhirnya tergolong dalam golongan orang-orang yang berkecapaian tinggi - amat berkesan, cemerlang dan gemilang! InsyaAllah.

Friday, October 16, 2009

Apa Usaha Anda???

USAHA
Sungguh mudah di ucapkan, tetapi bagaimana melaksanakan??
Sering kali kita di ucapkan dengan "usaha tangga kejayaan". Tetapi apakah kita mendaki tangga tersebut? 
Itu adalah persoalan yang paling besar yang selalu bermain di dalam fikiran saya. Adakah anda juga begitu?
Oleh itu, kali ini saya ingin membincangkan tentang usaha. sesiapa sahaja boleh berusaha tetapi adakah ianya efektif. Dalam soal pembelajaran, kita selalu bemotto, study hard. Namun, adakah dengan study hard itu menjamin kita melakukan usaha yang efektif?? jadi, apakah usaha anda??

Pada setiap malam, ketika hendak tidur, muhasabah diri anda adakah anda belum mencapai target yang anda idamkan? fikirkan kenapa? Bagaimana anda ingin capainya?? dan fikirkanlah, Apa usaha YAng telah anda lakukan.. 
 Saya akan membincangkan tajuk ini kemudian, tetapi anda bersiaplah dengan persoalan yang saya ajukan..


TERIMA KASIH


 

UcaP Tama

ASSALAMUALAIKUM..

"KECEMERLANGAN"

Sesuatu yang paling dikehendaki oleh sesiapa sahaja yang bergelar manusia.. Tetapi, adakah manusia iaitu kita mengetahui bagaimana hendak cemerlang.

Sebagai pendatang baru, izinkan saya berkongsi serba sedikit tentang petua kecemerlangan. di sini, saya cuba tekankan sedikit kepada para penuntut ipt. Akan tetapi, aa yang saya kongsi dapat juga di manfaat oleh semua golongan masyarakat yang menginginkan kecemerlangan dan kesempurnaan.

"IF YOU DONT SEEK PERFECTION, YOU WIL NEVER BE A WINNER"


Benar jika anda berkata, nobody perfect..tapi kesempurnaan itu sebenarnya wujud dalam diri kita cuma apa yang perlu kita lakukan adalah mencari dan melaksanakannya.
Jika kita masih tidak dapat mencapainya, jangan risau kerana kecemerlangan telah pun kita perolehi iaitu kecemerlangan dalam motivasi diri dan kecemerlangan dalam berusaha.

kita sering melihat kepada kejayaan, tetapi lupa akan perkara-perkara di sebaliknya. terdapat bayak perkara yang kita perlu ambil kira. Antaranya pengalaman, usaha, kegigihan dan ketabahan serta perjalanan yang ditempuhi. Jika kita telah banyak kali berusaha, namun gagal setiap kali, jangan berkecil hati dan berputus asa kerana kita telah pun berjaya sebenarnya. Kenapa saya berkata begitu??

Kita mengambil contoh, saya sebagai seorang pelajar kolej teknikal di bawah MARA iaitu KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA PASIR MAS, semasa melakukan tugasan, saya membuat kajian dan sering kali juga assignment saya ditolak sehinga beberapa kali saya mencuba. Namun saya katakan pada diri saya, biar saya gagal dalam mencuba tetapi jangan gagal untuk mencuba.

"don't judges who try and fail but judges who try to fail"

Daripada bidalan inggeris di atas, rahsia kecemerlangan yang terbesar adalah usaha. dengan usaha yang gigih, semua yang kita ingin capai akan mudah kita dapat tetapi kita harus ingat, sesuatu yang bermakna adalah sesuatu yang dilakukan dengan usaha yang bersungguh.


Jadi, saya sebagai seornag insan yang pemurah dan ingin bangsa kita sentiasa cemerlang iaitu bangsa 1 Malaysia terus cemerlang dan di kenali di persada dunia, saya akan berkongsi segala rahsia kecemerlangan agar anak bangsa kita cemerlang. Haarap anda menyukai penulisan saya dan mengambil input untuk terus maju.


BANGUNLAH WAHAI ANAK BANGSA

TEMPUHI HIDUP PENUH LIKU

MOTIVASIKAN DIRI ANDA

CEMERLANG SELALU......