Friday, October 16, 2009

UcaP Tama

ASSALAMUALAIKUM..

"KECEMERLANGAN"

Sesuatu yang paling dikehendaki oleh sesiapa sahaja yang bergelar manusia.. Tetapi, adakah manusia iaitu kita mengetahui bagaimana hendak cemerlang.

Sebagai pendatang baru, izinkan saya berkongsi serba sedikit tentang petua kecemerlangan. di sini, saya cuba tekankan sedikit kepada para penuntut ipt. Akan tetapi, aa yang saya kongsi dapat juga di manfaat oleh semua golongan masyarakat yang menginginkan kecemerlangan dan kesempurnaan.

"IF YOU DONT SEEK PERFECTION, YOU WIL NEVER BE A WINNER"


Benar jika anda berkata, nobody perfect..tapi kesempurnaan itu sebenarnya wujud dalam diri kita cuma apa yang perlu kita lakukan adalah mencari dan melaksanakannya.
Jika kita masih tidak dapat mencapainya, jangan risau kerana kecemerlangan telah pun kita perolehi iaitu kecemerlangan dalam motivasi diri dan kecemerlangan dalam berusaha.

kita sering melihat kepada kejayaan, tetapi lupa akan perkara-perkara di sebaliknya. terdapat bayak perkara yang kita perlu ambil kira. Antaranya pengalaman, usaha, kegigihan dan ketabahan serta perjalanan yang ditempuhi. Jika kita telah banyak kali berusaha, namun gagal setiap kali, jangan berkecil hati dan berputus asa kerana kita telah pun berjaya sebenarnya. Kenapa saya berkata begitu??

Kita mengambil contoh, saya sebagai seorang pelajar kolej teknikal di bawah MARA iaitu KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA PASIR MAS, semasa melakukan tugasan, saya membuat kajian dan sering kali juga assignment saya ditolak sehinga beberapa kali saya mencuba. Namun saya katakan pada diri saya, biar saya gagal dalam mencuba tetapi jangan gagal untuk mencuba.

"don't judges who try and fail but judges who try to fail"

Daripada bidalan inggeris di atas, rahsia kecemerlangan yang terbesar adalah usaha. dengan usaha yang gigih, semua yang kita ingin capai akan mudah kita dapat tetapi kita harus ingat, sesuatu yang bermakna adalah sesuatu yang dilakukan dengan usaha yang bersungguh.


Jadi, saya sebagai seornag insan yang pemurah dan ingin bangsa kita sentiasa cemerlang iaitu bangsa 1 Malaysia terus cemerlang dan di kenali di persada dunia, saya akan berkongsi segala rahsia kecemerlangan agar anak bangsa kita cemerlang. Haarap anda menyukai penulisan saya dan mengambil input untuk terus maju.


BANGUNLAH WAHAI ANAK BANGSA

TEMPUHI HIDUP PENUH LIKU

MOTIVASIKAN DIRI ANDA

CEMERLANG SELALU......



No comments:

Post a Comment